Isnin, 11 Julai 2011

Lawatan Guru & Murid SUPAPHSB Ke Jabatan Percetakaan 7.6.2011 (Sesi petang)

SELASA - 7hb Jun 2011 - Pada hari pertama cuti sekolah penggal kedua , SUAPAHSB telah mengadakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Jabatan Percetakan Negara , di kawasan lapangan terbang lama berakas. Lawatan ini juga bertujuan untuk memperkembangkan lagi pengetahuan murid mengenai percetakan , kerana Jabatan Percetakan adalah tempat pembuatan mushaf rasmi negara yang mana digunakan di semua sekolah sekolah agama di seluruh Negara Brunei Darussalam.


Rombongan lawatan terdiri daripada guru-guru yang dilantik dan murid- murid prefek dan program 3K.Pada awal lawatan pihak sekolah diberi satu taklimat ringkas mengenai sejarah jabatan tersebut oleh pegawai kakitangan jabtan itu sendiri.

Sesi taklimat ringkas mengenai sejarah Jabatan Percetakan

Seterusnya pnyerahan cendrahati sebagai tanda kenang kenangan
daripada pihak sekolah
Diantara guru-guru yang mengikuti lawatan pada hari tersebut

Acara lawatan dimulakan



Bahagian pembuatan mushaf rasmi
 Negara Brunei Darussalam
Mushaf yang telah siap disusun untuk di beri kulit
 

Radio Antik yg masih berfungsi untuk menghiburkan
kakitangan yg bekerja

Ahad, 12 Jun 2011

Perlawanan bolasepak diantara kelas kelas darjah Enam 2011 (Sesi Petang)

SABTU - 4 Jun 2011 - Salah satu aktiviti yang diadakan pada hari tersebut juga ialah Perlawanan Bola Sepak Lima Orang Sepasukan diantara kelas kelas darjah enam. Setiap kelas darjah enam dibahagikan kepada dua  pasukan iaitu pasukan A dan B setiap kelas. Kesemua ada 12 pasukan yang bertanding didalam acara ini.
"Cg Roswandi menjadi pengadil dikesemua perlawanan"

Perlawanan ini diadakan selama dua hari iaitu disambung lagi pada hari isnin ( 6hb jun 2011). Perlawanan ini adalah salah satu acara yang terkandung didalam acara tahunan sukan ria yang akan diadakan pada 25 jun 2011 ini nanti.




" Perlawanan pertama telah dimulakan diantara
kelas 6 alif (A )dan  6 Ta (A) "

Ianya diadakan awal terlebih dahulu adalah untuk mencari pasukan yang layak bertanding di pusingan separuh akhir dan terus mara ke pusingan akhir nanti pada 25hb tersebut dan perlawan ini bersistemkan "liga".



" Pasukan 6 Ta (A) meraih gol kemenangan "
Adapun perlawanan ini diadakan bukan sahaja untuk acara sukan ria sahaja. Ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara sesama pelajar dan pelajar bersama guru memandangkan ini adalah tahun akhir bagi mereka ,dan juga ianya untuk melahirkan murid yang cergas dari segi rohani mahupun jasmani.



 " Salah seorang pemain melakukan tendangan ala ala David Beckham "

Bacaan Ratib Al-Attas Sempena Penutup Persekolahan Penggal Kedua (Sesi Petang)

SABTU -  4hb Jun 2011 - Sekolah Agama PAP HAfizah Surul Bolkiah ( Sesi Petang ) telah mengadakan satu aktiviti kerohanian sempena penutup persekolahan musim kedua. Acara dimulai jam 2.00 petang hingga selesai.








Bacaan Ratib Al-Attas diketuai oleh Cikgu Mohd Wajeeh. Majlis tersebut dihadiri oleh semua warga sekolah , Murid dari Darjah PRA hingga Darjah enam.
Murid - murid turut membaca Ratib Al-Attas dengan penuh koentrasi

Jumaat, 27 Mei 2011

Majlis Perpisahan bersama Mantan Guru Besar serta guru-guru yang berpindah dan menyambung pelajaran

JUMAAT- 27hb mei 2011 - Sekolah Ugama PAP hafizah Surul bolkiah telah mengadakan satu majlis perpisahan bersama mantan guru besar iaitu Cikgu hajah Apah binti Hj Sabtu serta guru-guru yang berpindah dan menyambung pelajaran di KUPUSB, Cikgu Sharinah bte Hj Sari. Acara dimulai dengan membaca Surah Al-Fatihah oleh Penolong Guru Besar Cikgu MOhd Wajeeh Bin Abd Rahman

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada guru-guru yg diraikan atas jasa dan bakti mereka semasa berkhidmat di Sekolah Ugama PAP Hafizah Surul bolkiah.Pelbagai usaha yang dicurahkan bagi mentadbir sekolah serta mendidik murid dan menaikkan semangat mereka untuk belajar.



Cenderahati tanda kenang-kenangan diberikan kepada mantan guru besar sekolah ugama PAP hafizah sururul bolkiah, Cikgu hajah Apah binti Hj Sabtu.













Dan tidak lupa juga kepada Guru yang menyambung pelajaran Cikgu Sharinah binti Hj Sari.







Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Cikgu Mazlan Bin Hassan dan seterusnya menikmati jamuan.Majlis tersebut diadakan di Restauran Nurizna Bangunan Pengakap Beribi.

Khamis, 26 Mei 2011

Visi , Misi, Objektif Sekolah

VISI SEKOLAH:
Menuju Ke arah Kesempurnaan Insan Yang Sempurn ( Duniawi Dan Ukhrawi )Serta Bertaqwa

MISI SEKOLAH:
Sekolah cuba menanamkan ilmu keagaaan kepada murid-murid agar menjadi insan yang berilmu, beriman, bertaqwa dengan tidak melupakan tanggungjawab mereka di dunia ini serta dapat menjadikan mereka taat serta patuh kepada Allah S.W.T dengan melakukn amal ma'aruf dan menjauhi kemungkaran.

OBJEKTIF SEKOLAH:

- Memberikan nilai-nilai ilmu pengetahuan keagamaan yang sempurna kepada pelajarnya
- Mempetingkatkan mutu pembacaan Al-Quran kepada pelajarnya
- Terus meningkatkan kualiti tenaga pengajarnya dari segi kelayakan dan kemahiran
- Mengambil langkah-langkah yang berkesan serta cabaran msa kini dan masa depan
- Memberi sokongan dari segi penyertaan kegiatan kokurikulum sekolah
- Ikut serta dalam mempromosikan kesihatan sekolah

Sejarah Ringkas SU PAP Hafizah Sururul Bolkiah

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah adalah sebuah bangunan sekolah ugama kekal. Ianya terletak di Kampung Perpindahan Berakas, Mukim Berakas A, Daerah Brunei Muara.

Kedudukan sekolah ini berhampiran dengan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Jauhnya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Seri Begawan.

Sekolah ini dibina pada tahun 1987 bagi menggantikan Sekolah Ugama Kampung Perpindahan Berakas yang terletak berdekatan dengan Sekolah Rendah Amar Pahlawan. Bangunan sekolah ini mempunyai 3 buah blok 2 tingkat yang menempatkan Bilik Pentadbiran, Bilik Rehat Guru-Guru, Bilik-bilik Darjah dan Dewan.

Sekolah ini mula digunakan pada 25 Muharram 1409H / 07 September 1988M dan dikenali sebagai Sekolah Ugama Jalan Dato Ahmad Perpindahan Berakas, Kawasan Brunei III. Persekolahan pula bermula pada 06 Safar 1409H / 17 September 1988M. Murid-murid yang bersekolah disekolah ini kebanyakannya tinggal di sekitar Kampung Perpindahan Berakas dan Kampung-Kampung yang berdekatan.

Pada 28 Februari 1989, sekolah ini dikenali dan dinamakan dengan nama “SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI HAFIZAH SURURUL BOLKIAH, KAWASAN BRUNEI III”. Ianya dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Ustaz Haji Abdul Saman bin Kahar, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Setelah pentadbiran sekolah-sekolah ugama bersatu dengan Kementerian Pendidikan di awal tahun 2002, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran sekolah-sekolah kawasan Brunei II hingga sekarang setelah semua sekolah-sekolah ugama dikembalikan semula dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.