SABTU - 4 Jun 2011 - Salah satu aktiviti yang diadakan pada hari tersebut juga ialah Perlawanan Bola Sepak Lima Orang Sepasukan diantara kelas kelas darjah enam. Setiap kelas darjah enam dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan B setiap kelas. Kesemua ada 12 pasukan yang bertanding didalam acara ini.
|
"Cg Roswandi menjadi pengadil dikesemua perlawanan" |
Perlawanan ini diadakan selama dua hari iaitu disambung lagi pada hari isnin ( 6hb jun 2011). Perlawanan ini adalah salah satu acara yang terkandung didalam acara tahunan sukan ria yang akan diadakan pada 25 jun 2011 ini nanti.
|
" Perlawanan pertama telah dimulakan diantara
kelas 6 alif (A )dan 6 Ta (A) " |
Ianya diadakan awal terlebih dahulu adalah untuk mencari pasukan yang layak bertanding di pusingan separuh akhir dan terus mara ke pusingan akhir nanti pada 25hb tersebut dan perlawan ini bersistemkan "liga".
|
" Pasukan 6 Ta (A) meraih gol kemenangan " |
Adapun perlawanan ini diadakan bukan sahaja untuk acara sukan ria sahaja. Ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara sesama pelajar dan pelajar bersama guru memandangkan ini adalah tahun akhir bagi mereka ,dan juga ianya untuk melahirkan murid yang cergas dari segi rohani mahupun jasmani.
|
" Salah seorang pemain melakukan tendangan ala ala David Beckham " |