Jumaat, 27 Mei 2011

Majlis Perpisahan bersama Mantan Guru Besar serta guru-guru yang berpindah dan menyambung pelajaran

JUMAAT- 27hb mei 2011 - Sekolah Ugama PAP hafizah Surul bolkiah telah mengadakan satu majlis perpisahan bersama mantan guru besar iaitu Cikgu hajah Apah binti Hj Sabtu serta guru-guru yang berpindah dan menyambung pelajaran di KUPUSB, Cikgu Sharinah bte Hj Sari. Acara dimulai dengan membaca Surah Al-Fatihah oleh Penolong Guru Besar Cikgu MOhd Wajeeh Bin Abd Rahman

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada guru-guru yg diraikan atas jasa dan bakti mereka semasa berkhidmat di Sekolah Ugama PAP Hafizah Surul bolkiah.Pelbagai usaha yang dicurahkan bagi mentadbir sekolah serta mendidik murid dan menaikkan semangat mereka untuk belajar.



Cenderahati tanda kenang-kenangan diberikan kepada mantan guru besar sekolah ugama PAP hafizah sururul bolkiah, Cikgu hajah Apah binti Hj Sabtu.













Dan tidak lupa juga kepada Guru yang menyambung pelajaran Cikgu Sharinah binti Hj Sari.







Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Cikgu Mazlan Bin Hassan dan seterusnya menikmati jamuan.Majlis tersebut diadakan di Restauran Nurizna Bangunan Pengakap Beribi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan