Khamis, 26 Mei 2011

Sejarah Ringkas SU PAP Hafizah Sururul Bolkiah

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah adalah sebuah bangunan sekolah ugama kekal. Ianya terletak di Kampung Perpindahan Berakas, Mukim Berakas A, Daerah Brunei Muara.

Kedudukan sekolah ini berhampiran dengan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Jauhnya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Seri Begawan.

Sekolah ini dibina pada tahun 1987 bagi menggantikan Sekolah Ugama Kampung Perpindahan Berakas yang terletak berdekatan dengan Sekolah Rendah Amar Pahlawan. Bangunan sekolah ini mempunyai 3 buah blok 2 tingkat yang menempatkan Bilik Pentadbiran, Bilik Rehat Guru-Guru, Bilik-bilik Darjah dan Dewan.

Sekolah ini mula digunakan pada 25 Muharram 1409H / 07 September 1988M dan dikenali sebagai Sekolah Ugama Jalan Dato Ahmad Perpindahan Berakas, Kawasan Brunei III. Persekolahan pula bermula pada 06 Safar 1409H / 17 September 1988M. Murid-murid yang bersekolah disekolah ini kebanyakannya tinggal di sekitar Kampung Perpindahan Berakas dan Kampung-Kampung yang berdekatan.

Pada 28 Februari 1989, sekolah ini dikenali dan dinamakan dengan nama “SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI HAFIZAH SURURUL BOLKIAH, KAWASAN BRUNEI III”. Ianya dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Ustaz Haji Abdul Saman bin Kahar, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Setelah pentadbiran sekolah-sekolah ugama bersatu dengan Kementerian Pendidikan di awal tahun 2002, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran sekolah-sekolah kawasan Brunei II hingga sekarang setelah semua sekolah-sekolah ugama dikembalikan semula dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan